Saturday, 26 March 2011

InsyaAllah

Siapalah Aku - Amy mastura play by khamal (cover)

Amy Mastura (Zul Mahat / Amran Omar)

Siapalah Aku

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Salju Sakinah

blog Penulis novel



Alhamdullillah menjadi antara pembaca yang tidak kerugian kerana selain membaca kerana hobi, bertambah jua pengetahuan agama setelah membaca novel ini. 
Sungguh Sakinah seorang gadis bernama Sumayyah dalam novel ini. Hingga hati terdetik mahu menjadi sepertinya; tabah, gigih, solehah,merendah diri, penuh kesopanan dan kesabaran dalam kehidupan.

Semoga Allah memberkati penulis dan keluarganya. Semoga bertambah lagi karya bercirikan nilai-nilai Islam pada karya2 seterusnya. semoga Allah melembutkan hati para pembaca, dan bercita menjadi seperti Sumayyah atau lebih baik dari Sumayyah (walau sudah elok perkerti Sumayyah) Amin.

Sumayyah atau para gadis diluar sana sama2lah kita menjadi yang terbaik untuk dunia dan akhirat amin.
Yakin pada ketentuan Ilahi Jodoh, Rezeki, Maut ditangan-Nya.
Semoga Allah memberkati seluruh Umat Islam amin.



Puitis dari Nurani: Jalan yang masih jauh


Bukan mudah mendaki puncak cita yang penuh lumut dan serangga
Melekit, rimas, putus asa, keluhan, jadi penghalang 
tapi selagi ada Keyakinan pada Ilahi
tiupan semanggat takkan mengalah selalu semakin menebal.

Semoga segala ujian dihadapi dengan tenang
tawakal pada ketentuan yang tertulis sejak Azali.
Semoga hati tidak merapuh sebelum sampai kegarisan Kejayaan
dan semoga dipermudahkan segala usaha, dimakbulkan segenap inci yang dicita.
Amin

Thursday, 17 March 2011

DiY: burger kukus (daging burger bukUn rotinya)

Bahan2: (yg halal)
- Roti Burger
-Daging ayam / lembu
-lada sula 
-air untuk mengukus 
-1 biji kentang dihiris nipis
-bawang besar dihiris nipis
-bahan lain yg anda mahu tambah #hirisan tomato

cara2nya:
-kukus daging burger 15 minit (atau ikut suka asalkan jgn air kering bahaya!!) + lada sula
-kukus kentang dan bawang besar yg telah di hiris + lada sula 
- hidangkan 









Friday, 4 March 2011

Pesan Baginda S.A.W

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara,
kamu tidak akan sesat selama-lamanya, 
selama kamu berpegang kepada kedua-duanya
iaitu KITABULLAH (AL-QURAN)  dan SUNAH RASUL.

(Riwayat Abu Daud)

Masjid Pekan BeauforT